.

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi'yang sesuai dan selamat bagi umat Islam. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
KEBAIKAN BERBEKAM
-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Sunday, June 13, 2010

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.











BEKAM SUNNAH (KEPALA) MENGHILANGKAN PENGARUH SIHIR DAN RACUN SANTAU.
Gambar di atas adalah contoh pesakit kesan daripada permainan sihir/santau di mana darah yang keluar adalah berwarna merah kehitaman pekat,berbau hanyir dan busuk serta berbuih. Proses tersebut telah di lakukan sebanyak 7 kali sedutan bagi membuang sisa bisa kesan sihir dan santau tersebut. Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT setelah pesakit menjalani 2 kali sessi rawatan bekam termasuk di seluruh anggota badan dan sendi pesakit telah beransur sihat,rasa lebih bertenaga dan segar berbanding sebelumnya.
Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika pergi melakukan mikraj setiap kali melalui sekumpulan malaikat,pasti mereka akan berkata, "Hendaklah engkau membiasakan diri melakukan bekam."
"Bahawasanya Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"
BEKAM DIDAGU @ BAWAH DAGU.

Bekam di bawah dagu sangat berguna bagi mengatasi penyakit gigi,penyakit wajah dan tekak,bahkan juga boleh membersihkan darah kepala dan tapak tangan,bila memang di lakukan secara benar. Bekam pada bahagian bawah dada juga berguna bagi mengatasi bisul di peha bahkan juga penyakit kudis,jerawat,buasir,penyakit gajah dan gatal.

BEKAM DI TENGKUK

Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."
Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."


BEKAM DI PELIPIS KENING

Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.
FUNGSI & FAEDAH BEKAM

Bekam dapat memecahkan saluran darah tetapi tetap satu arah dan konsisten,diiringi dengan terbukanya sumbatan pembuluh darah,terutama pembuluh yang tidak banyak mengeluarkan darah.
Adapun faedah bekam di antaranya ialah membersihkan kulit tubuh secara lebih baik daripada mencuci darah. Cuci darah mungkin lebih baik untuk membersihkan bahagian tubuh yang lebih dalam. Bekam juga mengeluarkan darah kotor dari sekitar bawah kulit. Bekam pada bahagian bahu sangat berfaedah bagi mengubati penyakit bahu dan leher.

Friday, June 11, 2010

WAKTU-WAKTU BERBEKAM

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

Penulis al-Qanun mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menggunakan bekam bukan di awal bulan, kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga bukan pada akhir bulan, kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi yang paling afdal adalah pertengahan bulan, ketika komposisi unsur-unsur darah dan frekuensinya meningkat tajam kerana cahaya bulan yang juga memuncak frekuensinya.

Pemilihan waktu-waktu tersebut untuk melakukan pembekaman hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga sahaja,untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan bahaya. Adapun begitu dalam soal rawatan pembekaman boleh dilakukan bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan.











RUPA DARAH KOTOR SELEPAS BEKAM

-Darah kotor selepas bekam adalah berbentuk seperti jeli.
-Darah inilah yang menyebabkan saluran darah tersumbat dan menjadi punca segala jenis penyakit di dalam badan.
-Adalah menjadi sunnah bagi kita umat islam melakukan bekam walau sekali setahun.










BEKAM DARAH

-Di bekam di bahagian belakang badan dari tengkuk,bahu,belikat dan pinggang.
-Sangat mujarab bagi penyakit darah tinggi,selalu pening kepala,sakit-sakit badan,bahu rasa berat dan malas,sakit pinggang,masalah haid dan banyak lagi.
-Elok di lakukan sebulan sekali untuk mengelakkan darah kotor terkumpul dan dapat mencegah dari berbagai jenis penyakit.





BEKAM RESDUNG

-Di bekam di bahagian muka bagi resdung yang kronik.
-Point utama adalah pipi,dahi dan dagu.
-Membuang darah kotor dan juga nanah yang terkumpul di bawah kulit yang menyebabkan jerawat tumbuh di merata kulit wajah.
-Elok di lakukan seminggu sekali sehingga darah kotor dan nanah habis keluar.
-Perbezaan akan dapat di rasakan selepas berbekam kulit wajah akan lebih berseri dan jerawat akan berkurangan.

BEKAM GOUT & KEBAS-KEBAS KAKI

-Di bekam pada kaki,betis atau buku lali bagi penyakit gout atau kebas-kebas kaki.
-Darah akan keluar bebuih-buih menandakan terdapat lebihan asid dan angin di bahagian tersebut.
-Harus di bekam 3x setiap minggu untuk kesembuhan maksimum.
BEKAM SUNNAH Ala ra'sun (atas kepala)

-Menghilangkan pengaruh sihir,angin ahmar,pening kepala (migrain) tahap kronik.
-Juga boleh menyembuhkan 72 jenis penyakit.
-Sunnah di lakukan sekurang-kurangnya setahun sekali.